Kempen Derma Darah (Mei 2011)

Event Date: 
2 June 2011 - 3 June 2011

Time:
12:00pm - 6:00pm

Di anjur oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Untuk memastikan agar bekalan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan juga hospital-hospital Selangor sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan pesakit.

Siapa yang layak menderma darah?

  • Anda sihat pada hari ini.
  • Berumur antara 18-60 tahun.
  • Berat badan 45 kg atau lebih.
  • Anda tidur melebihi 5 jam.
  • Anda bebas daripada sebarang penyakit, contoh: Darah Tinggi / Kencing Manis (makan ubat lebih 1 jenis sehari), Penyakit Jantung, Menjalani Pembedahan < 6 bulan.
  • Tidak mengambil antibiotic dalam masa seminggu.
  • Tidak mengandung, baru sahaja bersalin atau menyusu badan.
  • Anda telah mengambil sarapan pagi atau makan tengahari ringan.
  • Tidak terlibat dalam aktiviti berikut:
    - Bertukar-tukar pasangan seks.
    - Perhubungan Homoseksual.
    - Perhubungan Biseksual.
    - Anda adalah pasangan seks kepada kumpulan di atas.
    - Penyalahgunaan dadah.
  • Tarikh lahir pendermaan darah adalah 2 bulan atau lebih.
  • Warga asing menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun.